Kuiz Hari Kebangsaan

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Kuiz Hari Kebangsaan diadakan pada hari 5 September 2020 bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Seramai sepuluh orang peserta iaitu terdiri daripada sembilan orang lelaki dan seorang perempuan yang menyertai kuiz ini. Di dalam bilik training, peserta masih lagi dihadkan kepada lima orang peserta sahaja .Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan supaya mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Kuiz Hari Kebangsaan adalah untuk menguji ingatan peserta terhadap sejarah kemerdekaan mengenai sejarah negara serta sejarah pejuang-pejuang negara .Selain itu,kuiz ini juga dapat menguji kecekapan ingatan peserta menjawab soalan mengikut masa yang telah ditetapkan untuk soalan kuiz yang disediakan.Di samping itu,kuiz ini juga dapat menarik minat peserta kerana dibekalkan hadiah kepada peserta.Di Akhir kuiz ,peserta yang mendapat markah tertinggi diberi hadiah.Tidak lupa juga peserta yang mendapat markah rendah juga diberi hadiah saguhati bagi menghargai mereka menyertai kuiz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas